Dituduh Merogol
Wanita Terencat
Bekas pegawai polis bela diri
tuduhan rogol wanita terencat
oleh: Siti Nurazlinee Azmi bhnews@bharian.com
MALU: Mat Susah menutup wajahnya ketika beredar
dari mahkamah, semalam selepas diperentah membela diri
atas tuduhan merogol gadis terencat akal. - Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Asisten Komisioner Polis (ACP) diperintah Mahkamah Sesyen di sini, semalam, untuk membela diri terhadap tuduhan merogol seorang wanita terencat akal, lima tahun lalu. Hakim Datin Anita Harun memerintahkan bekas ACP Mat Susah Sadikin, 66, membela diri selepas yakin pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya dan menetapkan 11 September ini untuk kes pembelaan. Tertuduh yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan di Cawangan Khas Bukit Aman didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 23 tahun di stor kedai runcit miliknya di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini, antara jam 4 petang dan 7 malam di antara 1 Oktober hingga 31 Oktober 2003.